2024.07.30 17:22 Posted by Someone

BERNAMA - Opsyen Baharu Untuk Rawat Masalah Pembesaran Prostat




BERNAMA.com | BERNAMA TV | BERNAMA Radio | BERNAMA Images | BLIS | NewsLink5 English Malay 中文 Arabic Español தமிழ் Am Ekonomi Utama Pasaran Jenayah & Mahkamah Politik Sukan Gaya Hidup Wilayah Tengah Utara Selatan Timur Sabah Sarawak Dunia Utama Nam News Network (NNN) The Organization of Asia-Pacific News Agencies (OANA) Laman Mikro Olimpik Paris 2024 Daulat Tuanku HAWANA 2024 Fokus BERNAMA Tinta Minda Bajet 2024 Kesihatan Tenaga MAPO MyCheck MCMC Tentang BERNAMA Laman Korporat Hubungi Kami Perkhidmatan BERNAMA Kerjaya@BERNAMA Sebutharga / Tender Lagi Infografik Video Siaran Media Eksekutif Arkib Malay English 中文 Arabic Español தமிழ் Utama Am Ekonomi Utama Pasaran Jenayah & Mahkamah Politik Sukan Gaya Hidup Wilayah Tengah Utara Selatan Timur Sabah Sarawak Dunia Utama Nam News Network (NNN) The Organization of Asia-Pacific News Agencies (OANA) Laman Mikro Olimpik Paris 2024 Daulat Tuanku HAWANA 2024 Fokus BERNAMA Tinta Minda Belanjawan 2024 Kesihatan Tenaga MAPO MyCheck MCMC Tentang BERNAMA Laman Korporat Hubungi Kami Perkhidmatan BERNAMA Kerjaya @ BERNAMA Sebutharga / Tender Lagi Infografik Video Siaran Media Eksklusif Arkib FOKUS BERNAMA

Opsyen Baharu Untuk Rawat Masalah Pembesaran Prostat

01/11/2021 04:06 PM BPH merupakan penyakit lazim dalam kalangan lelaki berusia, membabitkan pembesaran kelenjar prostat. --madisonmedical.com Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, kira-kira 16 peratus lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami gejala BPH. -- Gambar hiasan Datuk Dr Khairul Asri Mohd Ghani, Ketua Jabatan Urologi Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Perunding Pakar Bedah Urologi Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam. Gambar ihsan Datuk Dr Khairul Asri Mohd Ghani. Perunding pakar urologi Pantai Hospital Sungai Petani di Kedah, Datuk Dr Zainal Azim Abd Kadir. -- Gambar ihsan Datuk Dr Zainal Azim Abd Kadir Perunding pakar bedah urologi Dr Khairul Asri dan pasukannya menggunakan wap air yang dipanaskan untuk mengecutkan prostat yang membesar.- Gambar ihsan Dr Khairul Asri Mohd Ghani Terdapat pelbagai opsyen untuk merawat BPH, antaranya seperti Transurethral Resection of the Prostate (TURP). -- news-medical.net Prostat lazimnya bersaiz sebesar kacang berangan, namun bagi penghidap BPH, ia boleh membengkak sebesar buah oren. --info.bhnco.com

Oleh Muhammad Basir Roslan

Artikel ini bersempena Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Sedunia yang berlangsung pada setiap November.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Penyakit hiperplasia prostat benigna (BPH) atau pembesaran prostat bukan kanser dilaporkan dalam trend meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini, demikian menurut American Journal of Men’s Health, jurnal akses terbuka yang menumpukan pada maklumat mengenai kesihatan dan penyakit lelaki.

Pada 2019, dianggarkan 11.26 juta kes BHP di seluruh dunia, dan menurut data, masalah itu dialami oleh 50 peratus lelaki berusia antara 51 dan 60 tahun, serta 90 peratus bagi kelompok usia 80 tahun ke atas.

pic-2

Pakar berpendapat peningkatan kes bergerak seiring dengan pertambahan populasi dunia dan juga penuaan masyarakat.

Corak sama dikesan di Malaysia. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, kira-kira 16 peratus lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami gejala BPH. Tinjauan juga mendapati lelaki berusia 75 tahun ke atas paling berkemungkinan mengalami gejala BPH (33 peratus) berbanding kumpulan usia sekitar 40 tahun (10 peratus).

BPH merupakan penyakit lazim dalam kalangan lelaki yang berusia, membabitkan pembesaran kelenjar prostat - satu organ dalam sistem reproduktif lelaki.

Prostat lazimnya bersaiz sebesar kacang berangan, namun bagi mereka yang menghidap BPH, organ itu boleh membengkak sebesar buah oren. Penyakit ini biasanya hadir dengan gejala saluran kencing bawah yang boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit dengan ketara.

Pakar berkata walaupun BPH adalah sebahagian daripada proses penuaan yang mungkin tidak dapat dielakkan, ini tidak bermakna penyakit itu harus diabaikan. Jika tidak dirawat, penyakit tersebut boleh menimbulkan pelbagai komplikasi seperti kencing tidak lawas, jangkitan saluran kencing, kerosakan pundi kencing, dan kencing berdarah atau batu karang - membawa kepada penyakit buah pinggang yang teruk.

UMUR PALING TERJEJAS

pic-3

Menurut Ketua Jabatan Urologi Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Datuk Dr Khairul Asri Mohd Ghani, usia merupakan indikator utama dalam mengesan perkembangan BPH.

Sekalipun BPH merupakan masalah biasa dalam kalangan lelaki berusia 50 tahun ke atas, beliau berkata gejala BPH turut dialami oleh sebilangan lelaki yang lebih muda di Malaysia.

Beliau menjelaskan faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, sindrom metabolisme dan obesiti boleh meningkatkan risiko mengalami BPH. Sesetengah kajian menunjukkan obesiti pada bahagian tengah tubuh (pengumpulan lemak berlebihan pada bahagian abdomen) ada kaitan dengan perubahan hormon seksual yang boleh membawa kepada permulaan gejala BPH.

Pemerhatian menunjukkan prevalens BPH dalam kalangan populasi lelaki meningkat sedari usia 40 tahun, sekali gus menekankan kepentingan intervensi awal.

“Dalam lain perkataan, jarang lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun mengalami gejala urinari berkaitan BPH yang teruk atau pembesaran prostat, melainkan kerana jangkitan (prostatitis) atau lain-lain punca yang berkaitan,” jelasnya.

GANGGUAN GAYA HIDUP

pic-7

Dr Khairul Asri yang juga perunding pakar bedah urologi Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam, berkata prostat yang membengkak akan menekan uretra (saluran kencing), menyebabkan penghidap BPH berdepan masalah kencing tidak lawas, sekali gus mencetuskan rasa ingin kencing yang kerap.

“… apabila seseorang itu mengalami kencing tidak puas, dia akan kerap berasa hendak kencing. Umumnya hal ini akan menjejaskan kualiti hidup penghidap, yang antaranya terpaksa berhenti banyak kali di tandas awam sekiranya memandu jarak jauh, kerap bangun untuk kencing pada waktu malam, kerap ke tandas semasa makan di luar atau menonton wayang, selain tidak dapat memberi tumpuan semasa mesyuarat,” katanya.

Pada masa sama, Dr Khairul Asri menolak tanggapan ramai bahawa BPH sama dengan kanser prostat, dan menambah BPH juga tidak semestinya meningkatkan risiko kanser prostat.

BPH hanyalah pertumbuhan lampau tisu prostat dan tidak bermetastasis (merebak ke bahagian lain pada tubuh),” katanya, menambah dalam kebanyakan kes, gejala BPH boleh diredakan melalui rawatan.

RAWATAN

pic-5

Penghidap BPH tidak perlu hidup dengan penyakit itu kerana ada opsyen rawatan bagi menangani gejala penyakit.

Dr Khairul Asri berkata kini terdapat prosedur invasif minimum baharu, dikenali sebagai terapi wap air yang menggunakan wap air untuk mengecutkan saiz prostat. Beliau berkata terapi itu yang dilancarkan di Malaysia pada Julai 2021 adalah mudah dan biasanya tidak mengambil masa yang lama untuk selesai.

Katanya beliau dan pasukannya merupakan yang pertama menjalankan terapi itu di Malaysia dan pesakit yang terlibat telah pulih serta kembali menjalani kehidupan normal tanpa sebarang masalah.

“Terapi ini menggunakan tenaga perolakan untuk membuang tisu prostat obstruktif. Tenaga haba yang seragam dan bersasar ditujukan kepada tisu prostat berkenaan, membunuh sel di kawasan kelenjar prostat yang terjejas dengan cepat.

Hasilnya, prostat akan mengecut semasa proses penyembuhan secara semula jadi tubuh, mengecilkan saiz dan meredakan simptom BPH dalam tempoh tiga hingga enam bulan. Keseluruhan prosedur mengambil masa purata 10 minit dan boleh dilakukan sama ada dengan atau tanpa anestesia umum,” jelasnya.

Beliau berkata kajian yang diterbitkan baru-baru ini turut menyokong terapi wap air, menyatakan rawatan itu selamat dan berkesan serta turut memelihara fungsi seksual hingga lima tahun, meredakan gejala saluran kencing bawah, selain kadar rawatan semula yang rendah, dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

pic-4

Perunding pakar urologi Pantai Hospital Sungai Petani di Kedah, Datuk Dr Zainal Azim Abd Kadir juga mengakui keberkesanan terapi wap air, dan berkata pesakitnya yang menjalani rawatan tersebut menunjukkan keputusan memuaskan.

OPSYEN LAIN

Sementara itu, Dr Khairul Asri berkata terdapat pelbagai opsyen untuk merawat BPH seperti Transurethral Resection of the Prostate (TURP) dan prostatektomi.

“Rawatan berkenaan membabitkan pembedahan membuang kelenjar prostat yang dilakukan oleh pakar bedah dan ditawarkan khususnya kepada lelaki yang mempunyai kelenjar prostat terlalu besar, sebagai penyembuhan jangka panjang,” katanya, menambah pengewapan fotoselektif merupakan satu lagi pilihan untuk merawat BPH, membabitkan pembuangan tisu prostat yang terjejas menggunakan pengewapan bagi melegakan tekanan terhadap uretra, sekali gus melancarkan aliran keluar air kencing.

pic-6

Beliau menambah kebanyakan prosedur dan terapi bertujuan meredakan gejala urinari yang disebabkan oleh pembesaran prostat atau BPH.

Sementara itu, Dr Zainal Azim menasihati lelaki yang mempunyai masalah kencing, kencing berdarah, kerap berasa ingin kencing dan gejala jangkitan saluran kencing berulang, agar berjumpa doktor dan tidak menderita secara senyap-senyap.

“Cara terbaik (untuk menangani BPH) ialah intervensi awal, dan seperti yang disyorkan oleh pakar urologi, lakukan pemeriksaan secara berkala, sekurang-kurangnya sekali setahun,” katanya.

Diterjemah oleh Noor Hayati Muda

BERNAMA

BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial , @bernamatv , @bernamaradio
Twitter : @bernama.com , @BernamaTV , @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial , @bernamatvofficial , @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

KATA KUNCI tags: bph prostat datuk dr khairul asri mohd ghani datuk dr zainal azim abd kadir terapi wap bernama BERITA BERKAITAN
YaPEIM Berhasrat Guna Khidmat Pusat Kecemerlangan Bernama Latih Petugas
4hari lalu
Bernama Tv Siar Program Bual Bicara Misi D'or 2024 Sempena Sukan Olimpik
5hari lalu
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan: Peluang Baca Berita Tersedia Di Reruai Bernama
9hari lalu LAGI BERITA
Respons Positif Daripada Platform Media Sosial Terhadap Kerangka Kawal Selia Baharu - Fahmi
15minit lalu
'Vijay LLB The Advocate' Dijangka Raih RM3 Juta
11minit lalu
Program Anjuran MCMC Diiktiraf MBOR
33minit lalu

BERNAMA, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia merupakan Peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk menyertai kami :

Sila layari portal kerjaya BERNAMA di https://kerjaya.bernama.com untuk maklumat lanjut. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui portal kerjaya BERNAMA.

PORTAL KERJAYA BERNAMA

Tutup × bootstrap slideshow

Maklum Balas Pelanggan 2023

Para Pelanggan Yang Dihormati,

Dimaklumkan bahawa soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelanggan berhubung tahap pengamalan nilai-nilai murni di jabatan/agensi Kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada tuan/puan.

Berdasarkan pengalaman atau pemerhatian semasa berurusan dengan BERNAMA, sila beri maklum balas kepada pernyataan-pernyataan yang berikut dalam konteks semasa. Kami menghargai maklum balas yang jujur dan rasional daripada anda.

Maklum balas yang diberikan adalah SULIT.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengisi soal selidik ini.

Sila klik pautan berikut:

https://insan.jpa.gov.my/survey/agency/f6de54bf-24f2-4858-b445-9ac506487c1c

Tutup

General Line +603 2631 1000 / +603 2693 9933 Bernama.com +601 6415 2766 Wires +603 2631 1535 / 1252 Digital Services +603 2631 1112 PR/MREM Services +603 2631 1123 Subscription +603 2631 1510 Bernama TV +603 2631 1635 Bernama Radio +603 2692 9739 Tutup Tutup
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

[klik di sini]
helpdesk[at]bernama.com

Kategori

• Am
• Ekonomi
• Pasaran
• Sukan
• Gaya Hidup
• Politik
• Dunia
• Infografik
• Video
• Siaran Media Eksklusif
• Arkib

Laman Mikro

• Olimpik Paris 2024
• Daulat Tuanku
• HAWANA 2024
• Fokus BERNAMA
• Tinta Minda
• Belanjawan 2024
• Kesihatan
• Tenaga
• MAPO
• MCMC

Wilayah

• Tengah
• Utara
• Selatan
• Timur
• Sabah
• Sarawak

Tentang BERNAMA

• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Perkhidmatan BERNAMA
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender

© 2024 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan