Menjaga Kesihatan Prostat, Ikuti 5 Tip Penting Untuk Prostat Lebih Sihat
BMI Anda Ok Tak Tu? Cuba Check Sini!
Info KesihatanKategori Kesihatan
Ubat & Suplemen
Rawatan Tradisional & Herba
Kesihatan
Kesihatan Kulit
Pemakanan Sihat
Kesihatan Mulut
Lihat Semua KategoriSemua Spotlight
Lihat Semua SpotlightRaikan Perjalanan Melahir & Membesarkan Anak Dengan Kami!
E-book PERCUMA Buat Ibu Hamil!
Apa Anda Perlu Tahu Untuk Mencegah Kanser Serviks
Buatlah Perubahan Dalam 4 Minggu Untuk Hidup Lebih Sihat!
Alat KesihatanAlat Kesihatan
Vaksinasi Dewasa
Ujian Kulit Sensitif
Ujian Risiko Kanser Hati
Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes
Ujian Risiko Kanser Kolorektal
Ujian Risiko Kanser Paru-paru
Lihat Semua Alat KesihatanAlat Kegemaran
Graf Tumbesaran Kanak-Kanak
Tumbesaran kanak-kanak bersifat unik. Graf tumbesaran kanak-kanak memberi gambaran umum dengan mengambil kira bacaan purata populasi. Jangan panik jika bacaan (percentile) anak anda rendah kerana yang penting ialah bacaan tersebut meningkat seiring dengan masa (corak tumbesaran positif).
Lihat Lebih LagiUjian Risiko Pradiabetes
Lihat Lebih Lagi
Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes
Lihat Lebih Lagi Komuniti
Cari komuniti anda
Keibubapaan
Kehamilan
Lihat semua komunitiPosting Utama
Lihat Lagi Selamat Datang Ke Komuniti Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami. Sertai Komuniti Kami Urologi Kesihatan Prostat Info Kesihatan Alat Kesihatan Tanya Doktor SimpanKhas Buat Lelaki, Ini 5 Cara Terbaik Untuk Jaga Kesihatan Prostat, No. 3 Kena Elakkan!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/01/2022
Menjaga kesihatan prostat merupakan sesuatu yang amat penting untuk kaum lelaki. Manakan tidak, kelenjar yang berbentuk kacang walnut ini merupakan sebahagian daripada sistem reproduktif lelaki dan amat penting untuk kesuburan kaum Adam.
Malah, prostat juga merupakan satu-satunya kelenjar pada tubuh lelaki yang akan membesar apabila lelaki menjadi semakin berusia.
Disebabkan kondisi ini, kaum Adam berisiko mengalami pelbagai ketidakselesaan dan kesukaran disebabkan penyakit prostat.
Sebagai contoh, lelaki lebih kerap ke tandas disebabkan penyakit prostat yang dialami.
Malah, isu mengenai kesihatan prostat, lebih-lebih lagi kerap kencing selalu menjadi masalah ketika kaum Adam perlu menempuh satu perjalanan yang jauh.
Walaupun penyakit prostat ini datang seiring dengan usia, ia bukanlah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Sebenarnya, ia boleh dicegah jika kaum Adam mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Jika anda menghidap masalah prostat, sama ada kanser prostat, prostat membesar disebabkan BPH ( benign prostate hyperplasia ) atau prostatitis , pasti anda ingin tahu langkah yang terbaik untuk menjaga kesihatan prostat.
Jangan risau! Di bawah, kami senaraikan 5 langkah yang boleh dilakukan oleh kaum Adam untuk prostat yang lebih sihat. Jom baca!
1. Minum teh untuk kesihatan prostat yang baik
Menjaga kesihatan prostat bukanlah sesuatu yang sukar. Salah satu langkah yang mudah untuk memastikan prostat sentiasa sihat ialah minum teh dengan kerap.
Terdapat dua jenis teh yang baik untuk kaum Adam iaitu teh hijau dan teh bunga raya . Malah, kedua-dua teh ini juga mengandungi antioksidan yang tinggi dan dapat memperlahankan tumbesaran kanser prostat yang agresif.
Walau bagaimanapun, ketika anda sedang memilih teh yang terbaik, pastikan anda pilih teh yang bebas kafein.
Kafein boleh menyebabkan iritasi pada kawasan prostat dan pundi kencing. Jika anda menghidap BPH atau prostatitis, anda perlu elakkan kafein untuk sistem urinari yang lebih sihat.
2. Jangan lupa bersenam dan turunkan berat badan
Bersenam merupakan antara perkara yang terbaik yang anda boleh lakukan untuk menjaga kesihatan prostat.
Banyak kajian yang mendapati senaman dapat mengurangkan risiko dan simptom penyakit prostat . Malah, ia juga dapat membantu kaum Adam mengelakkan masalah kesihatan lain seperti mati pucuk atau disfungsi erektil.
Menurut laman sesawang Prostate Cancer Foundation New Zealand , lelaki yang mempunyai masalah obesiti, lebih-lebih lagi mereka yang buncit mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap BPH.
Mereka dapat mengelakkan kondisi ini dengan cara menurunkan berat badan masing-masing. Dalam masa yang sama, mereka juga dapat mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh penyakit ini.
3. Jaga kesihatan prostat, kurangkan stres!
Tidak dinafikan, simptom penyakit prostat boleh menyebabkan kaum Adam tertekan. Manakan tidak, mereka perlu ke tandas dengan kerap dan terpaksa bangun malam untuk ke tandas.
Tidur mereka akan terganggu dan semua ini akan menyebabkan lelaki mengalami perubahan mood .
Pembesaran prostat merupakan salah satu penyebab kegelisahan dan depresi dalam kalangan lelaki.
Oleh sebab itu, penting untuk lelaki mengawal stres masing-masing ketika berhadapan dengan penyakit prostat.
Beberapa langkah yang boleh dibuat untuk menjaga kesihatan prostat adalah dengan melakukan senaman seperti yoga atau tai chi, dan juga menjalani aktiviti yang dapat mengurangkan stres seperti meditasi dan sebagainya.
Jika semua ini tidak berkesan, tidak ada salahnya jika anda ingin melakukan janji temu bersama ahli psikologi untuk menangani masalah tekanan perasaan yang dialami.
4. Menjaga kesihatan prostat dengan pemakanan yang sihat
Ada banyak makanan yang dapat membantu penghidap penyakit prostat untuk mengurangkan simptom yang dialami.
Sebagai contoh, pesakit boleh makan lebih banyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, sayur-sayuran serta makanan yang mengandungi lemak sihat seperti avokado dan kekacang.
Tahukah anda, ada beberapa kawasan di dunia yang mempunyai kadar kanser prostat yang lebih rendah? Mereka ini mempunyai satu persamaan iaitu diet yang mereka amalkan.
Mereka tidak makan terlalu banyak makanan yang diproses, tinggi gula dan tinggi lemak. Malah, mereka mengikuti diet Mediterranean yang lebih sihat dan baik untuk pesakit prostat.
5. Ambil suplemen jika perlu
Kadangkala, kaum Adam tidak boleh mengatasi semua masalah prostat tanpa mengambil beberapa jenis suplemen.
Terdapat banyak suplemen di pasaran yang boleh membantu lelaki menjaga kesihatan prostat dengan lebih baik.
Jika anda ingin mengambil suplemen, pastikan anda mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada doktor yang bertauliah.
Doktor dapat memberikan pendapat mengenai suplemen yang terbaik mengikut kondisi serta faktor risiko yang dialami.
Kesimpulan
Sebenarnya, ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan prostat.
Jika anda boleh mengikuti kelima-lima tip yang kami gariskan di atas, tidak mustahil anda boleh hidup sihat dan tidak perlukan sebarang preskripsi untuk penyakit prostat yang dialami.
Malah, kesemua kaedah di atas tidak memerlukan duit yang banyak dan boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut kelapangan anda.
Selain itu, jika anda mempunyai masalah prostat, jangan malu atau segan untuk berjumpa doktor. Doktor boleh mengenal pasti punca penyakit tersebut supaya ia boleh dirawat untuk memberikan keselesaan kepada anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber Rujukan
Healthy Male. 2020. Mental health and the prostate. September 24. Accessed June 8, 2021. https://www.healthymale.org.au/news/mental-health-and-prostate. Mayo Clinic. 2021. Benign prostatic hyperplasia (BPH). April 13. Accessed June 8, 2021. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/benign-prostatic-hyperplasia/symptoms-causes/syc-20370087. Prostate Cancer Foundation NZ. n.d. 5 steps to better prostate health. Accessed June 8, 2021. https://prostate.org.nz/2014/12/5-steps-better-prostate-health/. Urology Care Foundation. 2016. Prostate Health 101. June 9. Accessed June 8, 2021. https://www.urologyhealth.org/healthy-living/care-blog/prostate-health-101. Urology Care Foundation. 2014. How To Keep Your Prostate Happy. September 2. Accessed June 8, 2021. https://www.urologyhealth.org/healthy-living/care-blog/how-to-keep-your-prostate-happy.Sejarah
Versi Terbaru
13/01/2022
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa
Artikel Berkaitan
Pemeriksaan Prostat Rektal Digital, Masukkan Jari Ke Dalam Lubang Dubur! Lelaki Ambil Tahu Ini
Anda Boleh Rawat Masalah Prostat Bengkak Hanya Dengan Minum Teh Jenis Ini!
Disemak secara perubatan oleh
Dr. Joseph Tan
Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/01/2022
IklanAdakah artikel ini bermanfaat?
Iklan Iklan LoadingHello Doktor mahu menjadi rakan kongsi anda yang paling dipercayai untuk membuat lebih banyak keputusan yang tepat bersama, dan hidup dengan lebih sihat lagi bahagia.
Ikut kami
Info Kesihatan Alat KesihatanInformasi
Terma dan Syarat Polisi Privasi Polisi Editorial Polisi Pengiklanan Garis Panduan KomunitiHello Health
Tentang Kami Bio Eksklusif Pengambilan Pengiklanan Hubungi KamiLawati laman web Hello Health yang lain
©2024 Hello Health Group Pte. Ltd. Hak Cipta Terpelihara. Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.